Pada 13 Oktober 2012 yang lalu, Success JB Management and Services sekali lagi telah di beri kepercayaan untuk bersama-sama dalam membantu menjayakan program Guru Muda 1 Malaysia 2012 yang telah diadakan di Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Johor Bahru, Johor

Majlis dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin
Kepercayaan terhadap tugasan yang kami lakukan ini banyak memberi kami semangat untuk melakukan yang terbaik. Bertepatan dengan program yang di anjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor ini.

Sesi bacaan ikrar oleh guru-guru muda
Program yang berlangsung hanya sehari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para guru khasnya. Pelbagai aktiviti ilmiah dan aktiviti luar yang disediakan demi memantapkan lagi kredibiliti sebagai seorang guru yang berjaya.

ucapan daripada Y.Bhg. Tan Sri Abd. Ghafar B. Mahmud, Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran Malaysia
Tambahan lagi, selaku Menteri Pelajaran Malaysia 2012, Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat berbesar hati untuk merasmikan Program Guru Muda 1 Malaysia ini. Ini mendorong para guru untuk menjadikan program ini sebagai platform yang terbaik dalam meningkatkan lagi pengetahun sebagai pendidik.

Timbalan Perdana Menteri juga turut serta dalam sebahagian aktiviti yang diadakan oleh pihak penganjur
Semangat serta sokongan yang baik yang diberikan oleh para guru muda ini menjadikan program ini mencapai sasaran seperti yang dijangkakan.

program Guru Muda 1 Malaysia mencapai visi dan misi seperti yang dijangkakan





